Berita Dunia Terkini – Semenanjung Gaza adalah salah satu kawasan paling padat di dunia. Dengan lebih dari 2 juta penduduk yang tinggal di kawasan seluas sekitar 365 kilometer persegi, Gaza menghadapi kepadatan penduduk yang ekstrem. Kawasan ini sepanjang kira-kira 41 kilometer dan lebar antara 6 hingga 12 kilometer, di apit oleh Israel di utara dan timur, Mesir di selatan, dan Laut Mediterranean di barat. Temukan tembok tinggi yang mengelilingi Gaza menjadikannya sebagai penjara terbuka terbesar di dunia, yang di kawal ketat oleh Israel.
Krisis Kemanusiaan di Gaza
Sejak lebih dari 75 tahun yang lalu, Gaza telah menjadi saksi kepada kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Hal ini telah menarik perhatian global terhadap penderitaan yang di alami rakyat Gaza, yang hidup dalam keadaan tertekan dan dikurung.
Dalam video kali ini, kami akan meneliti situasi semasa di Gaza, yang di perlakukan seperti penjara terbuka terbesar di dunia.
Hamas mula mentadbir Gaza setelah memenangi pilihan raya parlimen pada Januari 2006. Rakyat Gaza memilih Hamas sebagai reaksi terhadap korupsi yang melanda pentadbiran Fatah sebelum ini.
Hamas mengintegrasikan prinsip Islam dalam semua aspek pemerintahan, termasuk politik, ekonomi, sosial, dan perundangan. Mereka mendakwa bahawa demokrasi dalam Islam boleh berfungsi bersama dengan kepentingan rakyat Gaza.
Daerah-daerah Pentadbiran Gaza
Semenanjung Gaza terbahagi kepada lima daerah pentadbiran: Gaza Utara, Bandar Gaza, Dir al-Balah, Khan Younis, dan Rafah. Kawasan-kawasan ini mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Gaza Utara, misalnya, mempunyai kem pelarian terbesar di Gaza, Kem Jabalia, yang menampung sekitar 114,000 orang dalam kawasan seluas 1.4 kilometer persegi.
Sekatan dan Halangan
Perjalanan dari Rafah di selatan ke Beit Hanoun di utara hanya memerlukan kurang dari satu jam, namun sekatan Israel menyebabkan perjalanan menjadi lebih lama. Di utara Gaza, sempadan yang sepanjang 10 kilometer di kawal ketat oleh tembok konkrit dan pagar kawat berduri. Penduduk Gaza memerlukan permit khas untuk keluar dari kawasan ini, termasuk untuk tujuan rawatan perubatan kritikal.
Krisis Sumber dan Sekatan
Krisis kemanusiaan di Gaza di perburuk dengan sekatan yang di kenakan oleh Israel, termasuk sekatan terhadap makanan dan bekalan air. Sekatan ini menetapkan jumlah kalori yang minimum yang harus di terima oleh penduduk Gaza, menyebabkan ramai yang hidup dalam keadaan kelaparan. Selain itu, Israel juga mengawal bekalan air bersih, meninggalkan penduduk Gaza bergantung kepada sumber air yang tidak mencukupi dan tercemar.
Tembok Gaza dan Kesan Psikologi
Tembok Gaza, yang mula di bina pada tahun 1994 selepas Perjanjian Oslo, kini merupakan struktur yang sangat canggih dengan teknologi tinggi. Di kenali sebagai “Iron Wall,” tembok ini di bina dari 140,000 tan besi dan keluli, dan di lengkapi dengan kamera, radar, dan senjata kawalan jauh. Ia menyebabkan rakyat Gaza merasa seolah-olah mereka hidup dalam penjara terbuka yang besar.
Sumber : Youtube