Berita Dunia Terkini – Dalam lipatan sejarah Perang Dunia Kedua, terdapat satu peristiwa yang sangat memilukan pembinaan landasan kereta api maut Burma oleh pihak Jepang. Ketika itu, ribuan tawanan perang dan pekerja Asia, termasuk dari Tanah Melayu, dipaksa bekerja dalam keadaan yang sangat kejam. Setiap hari adalah perjuangan untuk bertahan hidup, dan bagi mereka, harapan utama hanyalah untuk terus bernyawa hingga ke penghujung hari.
Cabaran Pembinaan di Hutan Tropika
Membina landasan kereta api sepanjang lebih 415 kilometer di dalam hutan tebal dan bergunung ganang dengan cuaca ekstrim adalah satu tugas yang hampir mustahil. Singapura, yang menjadi pusat pemerintahan Jepang di kawasan selatan dari tahun 1942 hingga 1945, turut menyaksikan bagaimana projek ini dilaksanakan.
Para tawanan perang yang terdiri daripada tentera British dan Australia serta ratusan ribu pekerja dari Asia, di kenali sebagai Romusha, menghadapi keadaan yang sangat teruk. Mereka di paksa menaiki kereta api yang sesak dan berjalan kaki sejauh 300 kilometer ke kawasan pembinaan di Thailand dan Burma. Pekerja Romusha pula di letakkan dalam gerabak tanpa bumbung, menghadapi suhu yang ekstrem dan kekurangan makanan serta air.
Pengalaman Romusha dan Tawanan Perang
Jepang mengerahkan tenaga kerja yang besar, termasuk 60,000 tawanan perang dan 200,000 Romusha dari pelbagai negara Asia. Pekerja dari Tanah Melayu di janjikan ganjaran dan layanan baik, tetapi kenyataannya jauh daripada itu. Ramai yang meninggal dunia dalam perjalanan dan semasa kerja keras pembinaan.
Pembinaan landasan kereta api ini bermula pada Jun 1942 dan siap pada Oktober 1943. Proses ini melibatkan kerja keras dalam keadaan yang sangat teruk, termasuk memecahkan batuan gunung menggunakan alatan tangan asas di kawasan seperti Hellfire Pass. Keadaan di kamp-kamp juga sangat buruk, dengan pekerja di paksa bekerja sehingga 18 jam sehari dalam keadaan cuaca yang ekstrem.
Kesan dan Kesudahan Pembinaan
Apabila landasan kereta api Burma-Thailand siap, ia merupakan satu pencapaian teknikal yang besar dengan 63 stesen dan pejabat pengurusan berpusat di Bangkok. Landasan ini berfungsi untuk menghantar bekalan bagi kempen Jepang di Burma dan juga untuk memenuhi keperluan pekerja.
Selepas Jepang menyerah kalah pada 1945, pihak bersekutu mula menghantar bekalan asas kepada tawanan perang. Ramai yang mengalami masalah kesihatan teruk dan pemindahan mereka menjadi sangat rumit. Beberapa kawasan di sepanjang landasan ini kini di jadikan tempat peringatan untuk menghormati mereka yang terkorban.
Sumber : Youtube