Berita Dunia Terkini – China terus mencuri tumpuan dunia dengan kemajuan teknologi yang menakjubkan. Kejayaan negara ini dalam berbagai bidang seperti ekonomi, pembangunan, sains, dan teknologi. Salah satu pencapaian terbaru yang menonjol adalah usaha negara ini dalam mencipta teknologi matahari buatan yang berpotensi mengubah tenaga global.
Pada tahun 2021, China membuat kejutan dengan memecahkan rekor dunia melalui mesin matahari buatan tenaga pada suhu 120 juta derajat Celsius. Ini adalah suhu paling panas yang pernah di catatkan dalam waktu yang paling lama. Mesin ini merupakan sebagian dari projek Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST), yang di buat untuk meniru proses nuklir seperti yang berlaku di matahari dan menyediakan aliran tenaga yang bersih dan stabil.
Penemuan Revolusioner: Honghuang-70
Dalam perkembangan terbaru, pada Januari 2024, China sekali lagi membuat kejayaan besar. Syarikat Energy Singularity telah mencipta peranti tokomak superkonduktor suhu tinggi pertama di dunia yang di kenali sebagai Honghuang-70 atau HH-70. Di cipta di wilayah timur Shanghai, HH-70 menandakan lonjakan ketara dalam pembangunan teknologi gabungan untuk tenaga bersih. Peranti ini berfungsi berdasarkan prinsip fusi nuklir atom hidrogen yang berlaku di matahari, menjadikannya di kenali sebagai matahari buatan.
Prinsip Fusi Nuklir dan Potensi Masa Depan
Matahari terdiri daripada kira-kira 92% gas hidrogen yang di tukarkan kepada tenaga melalui proses fusi nuklir di terasnya. Tenaga ini kemudian bergerak keluar melalui lapisan dalam, memasuki atmosfera matahari, dan di lepaskan ke sistem suria sebagai haba dan cahaya. Dengan dunia yang beralih kepada sumber tenaga boleh di perbarui, saintis global kini giat mencari cara untuk memanfaatkan potensi tenaga fusi yang tidak terbatas.
Projek EAST dan Inovasi dalam Fusi Nuklir
Projek matahari buatan China yang di kenali sebagai EAST adalah reaktor fusi nuklir untuk meniru proses gabungan nuklir di matahari. Bertujuan untuk menyediakan tenaga fusi nuklir sebagai sumber tenaga alternatif yang bersih dan tidak terhad. Berbanding dengan bahan api fosil yang semakin berkurangan dan menimbulkan ancaman kepada alam sekitar, bahan mentah untuk matahari tiruan ini hampir tidak terhad di bumi.
Sejarah Penyelidikan Fusi nuklir China
China mula menjalankan penyelidikan fusi nuklir sejak tahun 1960-an dan telah membuat pencapaian berterusan dalam teknologi ini. Universiti di China telah menjalankan penyelidikan mengenai fizik plasma untuk fusi nuklir melalui kawalan magnetik selama hampir setengah abad. Dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam penyelidikan fusi, China telah memberikan sumbangan yang luar biasa dalam perkembangan fusi nuklir di peringkat global.
Kemudian China berkomitmen untuk membina sistem tenaga baru yang dikuasai oleh tenaga hijau dan rendah karbon. Untuk memenuhi sasaran kemuncak pelepasan CO2 menjelang 2030 dan neutraliti karbon menjelang 2060. Selain itu, China telah menjalinkan kerjasama dengan lebih 120 institusi penyelidikan antarabangsa dan menandatangani 39 perjanjian kerjasama rasmi dengan institusi penyelidikan fusi nuklir yang terkemuka di dunia.
Cabaran dan Harapan dalam Penggunaan Tenaga Nuklir
Walaupun arang batu dan gas asli masih merupakan sumber tenaga utama di seluruh dunia, saintis dan penyelidik kini mencari sumber tenaga bersih yang tidak terhad. Penjanaan tenaga hari ini masih bergantung pada bahan api fosil, yang merangkumi 79% daripada sumber tenaga dunia. Penggunaan bahan api fosil membawa keburukan seperti pencemaran dan kurangnya kecekapan berbanding tenaga nuklir. PBB telah menyasarkan untuk menghentikan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga menjelang 2040.
Dengan sumber untuk menjana tenaga nuklir yang lebih banyak, fusi nuklir hampir tidak menghasilkan sisa yang perlu diuruskan. Berdasarkan data Statista, penggunaan tenaga global menunjukkan tren pertumbuhan yang pesat, mencecah sekitar 620 EJ pada tahun 2023. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada tahun-tahun akan datang. Dalam menghadapi cabaran pemulihan pencemaran alam sekitar dan permintaan tenaga yang tinggi, penggunaan tenaga nuklir, khususnya fusi nuklir, menawarkan harapan yang besar.
Tokomak HH-70: Revolusi dalam Teknologi Tenaga
Peranti Tokomak HH-70, yang di kenali sebagai matahari buatan, untuk menghasilkan tenaga besar. Mesin ini mampu mengawal fusi nuklir dalam plasma bersuhu tinggi melalui penggunaan magnet, menghasilkan helium dan membebaskan tenaga yang besar tanpa sisa nuklir. Laporan Global Times menyebutkan bahwa HH-70 telah direka dan dipasang dalam masa kurang dari 2 tahun. Energy Singularity merancang untuk membangunkan tokomak generasi ke-2 menjelang tahun 2027 dan demonstrator teknologi menjelang 2030.
Sumber : Youtube